Monday, March 1, 2010

Aku rindu padanya...

Hari ini, 28 Februari...
genap setahun pemergian arwah tok wan..
sebenarnya 27 merupakan hari aku sign in as a user kat Blogger.com...

tp first entri aku tangguhkan dahulu kerana perkhabaran sedih itu.....

masih teringat.. selepas solat Subuh aku dikhabarkan berita pemergian datuk kesayangan kami sekeluarga...

namun aku bersyukur kerana doa aku diperkenan olehNya...

1) aku smpat menjaga makan pakai dia sewaktu dia terlantar.... menyuapkan nasi kemulutnya menggunakan tangan sendiri sebagaimana dia selalu memanjakan aku dari kecil...

2)Adik2ku semuanya sempat menjenguk sewaktu sakitnya makin menjadi2...

terima kasih Allah...

aku sedekahkan Al-Fatihah dan Yasin buatmu di sana...
Semoga dirimu tenang di sisiNya...

Amin.....

No comments: