Thursday, November 28, 2013

X seronoknyer....

Sakit keng kata org Trg. Merujuk kepada struktur tengkorak kita sbnrnya iaitu rahang...





Berdenyut2 tau rasa dia.. Huhu.. Ni la akibatnya bila cabut gigi geraham minggu lepas.. T_T







Tuesday, November 26, 2013

Latest Update on Me..

Assalamualaikum w.b.t... 

Hati ni sentiasa membuak2 nak update blog, tp sbb xde kesempatan, lama2 dah lupa mcm mana nak buat.. Hehe...

Selepas convocation, mcm2 kerja dh sy buat, dr bidang IT, pengurusan kedai makan dan runcit, perladangan dan terlajak smpai ke bidang audit dlm bioteknologi. Jauh tu u turn.. Asalkan dlm negeri Terengganu. Hehe.. Smpai penghujung tahun 2011, barulah sy mgambil kputusan utk mencuba nasib kt K Lmpur yg dh sy tinggalkan hampir setahun setelah tamat pengajian.

Karnival Kerjaya BN Youth JobFair pada Nov 2011 menjadi satu rahmat, dengan 3 set resume yg msih ada dlm beg, perjalanan utk keluar drpd bgunan PWTC terhalang dek hujan yg amat lebat. Hujan rahmat sebenarnya.. Benarlah kata org yg hanya janji Allah yg pasti. Sy patah balik ke ruang pameran dan melalui bahagian2 yg berhampiran dgn pintu keluar dewan. Sepertinya sy sudah tawaf dewan tun abdul razak tu lebih sekali, tp mgkin pada awalnya pndgan saya terhijab dr melihat booth satu syarikat swasta kelolaan bumiputra. 

Mgkin sudah tertulis rezeki sy di situ, resume terakhir yg sy letakkan di dropbox syarikat itulah yg menjadikan saya seorang pekerja di syarikat itu. Walaupn hmpir kecewa tatkala melihat kredibiliti calon2 lain smasa temuduga, alhamdulillah pada Februari 2012, sy tlh diterima sbgai pekerja di syarikat tersebut... ( wah.. Dh mcm ayat novel plak.. Hehehe... )



Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun di Selangor & kadang2 kt KL ni, pelbagai ilmu dan ragam manusia telah d pelajari. Yg pelik, yg boleh d jadikan idola dll.. Namun pabila usia dh menjangkau 3 series ni, hati melonjak2 utk kembali ke tanah tumpah darahku, Terengganu. Mgkin x ramai yg tau sy dh bersuami, tp pabila dah lama ber'PJJ' ni, rasa x seronok. Hati terusik tatkala melihat rakan2 menimang cahaya mata. Siapa yg x menginginkan penyeri dalam hidup, tp Allah tidak memakbulkan lagi doa kami. Tapi kami tetap bersyukur dan percaya pd janji Allah pada umatnya. Jika difikirkan kembali, mgkin pada waktu ini, seandainya dikurniakan zuriat, kami tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada si comel kerana faktor PJJ tersebut kan?







Namun, Allah itu Maha Adil dan Saksama, tatkala di uji dengan berita kehamilan adinda, Allah balutkan kekecewaan hati ini dengan lulusnya sy dlm peperiksaan utk mnyertai skim F41 bg negeri Terengganu. Subhanallah... Allah itu Maha Mengetahui segala2nya.. Minggu lepas, 2 hari berkampung di Sumai Suite utk menjalani program TAC, Terengganu Assesment Center. 

Sekarang, step kedua dah dilepasi. Sejujurnya, sy gentar, namun sy pinjam kekuatan dr suami, ayah bonda tercinta, mertua yg disayangi, adik2 dan ahli keluarga yg lain, utk terus berdoa padaNya semoga dipermudahkan segalah urusan.. InsyaAllah...

Sehingga di lain waktu, cukuplah sekadar ini mngisi luang antara 3 tahun sy menyepi.. Hehe.. Till my next entry.. 

Monday, November 25, 2013

Apa cerita ek?

Assalamualaikum wbt.. Blog ni dah tahap bersawang dah.. Bukan berhabuk lagi. Hehehe... 😋

Dh hmpir 2 tahun bergelar pekerja. Tiba2 rindu plak zaman belajar. Hurm... Nak smbung master ke ek?

InsyaAllah lpas ni adalah la masa nak update...

Sunday, November 21, 2010

At last....

Setelah lama tak update, blog pon dah berkarat..

dengan ini di isytiharkan saya sudah tamat pengajian degree...

Alhamdulillah...


kerja kosong anyone?

hehe...

Monday, June 7, 2010

KECEWA

banyak dah tulis draf nak update blog secara rally... tapi hari ini..

jiwa sangat kacau..

hati banyak sedih...

dah nak rasa tension..

hanya kerana gara2..











RESULT SEM ini...

yup.. saya tak dapat capai target pointer saya..

hanya dek subjek yang majoriti kawan2 pn tak dapat A..
tapi saya dapat C+


oh my.. tak pernah rasa sesedih ini...

T_T